
JENIS-JENIS KAIN UNTUK PROJEK JAHITAN ANDA
Material | Berat (Weight)/ela | Jenis Kain | Jenis Jahitan |
Nipis, jarang dan ringan | 1 oz ke bawah | Kain Net, Organza, | Jahitan pakaian seperti blouse, top, jahitan layer, aksesori |
Nipis | 2-3 oz | Sutera,Cotton ringan, | Jahitan layer pakaian, embellishment, aksesori pakaian |
Sederhana | 5-7 oz | Cotton, Linen, Wool | Semua jenis jahitan |
Tebal dan berat | Atas 7 oz | Denim,Kanvas | Skirt,Bottom,Seluar,Jaket,Interior |
Material fabrik terbahagi kepada 3 kategori, iaitu :
Fiber Natural – material yang dibuat dari bahan sumber alam
Fiber yang diproses – adalah fabrik yang dilbuat daripada bahan kimia
Fiber Protein – adalah fabrik yang sebahagian materialnya adalah daripada sumber haiwan. Contohnya kain sutera dan wool.
Material Fiber Natural
a. Cotton ; Kain jenis sejuk, meresap dengan baik dan selesa.Kain cotton mengecut selepas dibasuh dan tahan lasak. Paling banyak digunakan dalam jahitan jenis pakaian seperti pakaian dalam, pakaian harian, pakaian pejabat, t shirt. Combed cotton adalah kain cotton yang paling selesa dipakai kerana lebih lembut dan berkualiti.
b. Linen : Kain jenis sejuk, meresap dengan baik dan mengecut. Berkedut dan memerlukan diseterika dengan suhu yang tinggi bagi menghilangkan kedutan kain. Disarankan untuk basuhan kering bagi mengekalkan tekstur fabrik.
c. Ramie : Lebih kurang sama dengan fabrik cotton dan linen, tetapi lebih mahal.
Material Fiber yang Diproses
a. Polyster : Kain ini tidak menyerap air, tahan lasak dan tidak mengecut. Fabrik ini antara fabrik yang paling murah dikalangan fiber lain.
b. Rayon : Materialnya suran kimia. Emsintetik ysng dibuat daripada habuk kayu dan mempunyai sifat yang tidak jauh dari material cotton iaitu meresap dengan baik, selesa dan sejuk. Juga dikenali sebgai material viscose.
c. Nylon : Material tahan lasak dan stretchy. Namun kurang menyerap air.
d. Acetate : Material murah dan tidak tahan lasak, licin dan sejuk. Sering digunakan dalam jahitan lining pakaian.
e. Spandex : Stretchy dan dikenali sebagai lycra.
f. Acrylic : Kurang berkedut, sering digunakan sebagai subtitut kepada material berbulu dan wool.
g. PVC : stretchy dan kalis air.Selalunya material jenis ini mempunyai 1 permukaan PVC dan permukaan belakangnya adalah dari material yang berbeza seperti polyster. Kain ini tidak menyerap dan tisak selesa dibuat pakaian. Lebih banyak digunakan dalam pembuatan aksesori.
Material Fiber Protein
a. Sutera : Material dari ulat sutera. Selesa, lembut senang berkedut. Basuhan kering untuk mengekalkan tekstur fabrik.
b. Wool : Dibuat daripada bulu kambing. Tahan lasak, selesa, kurang berkedut. Pemakai boleh mengalami kegatalan atau alergic pada material ini.Namun material wool berkualiti tinggi lebih lembut.
c. Mohair/khasmeir : Dibuat daripada kambing Angora. Lebih lembut dan berkilat. Lebih mahal daripada kain wool. Basuhan tangan dan tidak sesuai diseterika/
d. Leather : Dibuat daripada kulit haiwan.Tahan lasak dan menyerap air.
MATERIAL YANG SESUAI UNTUK JAHITAN DIY
a. Cotton : Fabrik jenis cotton adalah sesuai untuk keseluruhan jenis jahitan kerana materialnya yang tahan lasak dan tidak licin. Bagi individu yang baru belajar menjahit disarankan menjahit menggunakan material ini kerana fabriknya yang mudah dikendalikan semasa menjahit. Sesuai untuk jahitan shirts, dress, skirt, bed sheets, patch work dan beg.
b. Polyster : Material ini murah dan tidak mudah berkedut. Sesuai bagi individu yang ingin praktis menjahit pakaian.
c. Denim : Kain tahan lasak, terletak . Sesuai untuk jahitan dress, aksesori, home décor dan aksesori.
d. Felt : Diperbuat daripada wool,sintetik fiber seperti acrylic. Ia diperbuat daripada kaedah dengan menekan fiber bersama. Material ini lembut dan tidak menyerap air. Sering digunakan dalam jahitan kraf, dekorasi di rumah dan teddies.
e. Rayon : Material semisintetik ini sesuai untuk jahitan pakaian.
f. Satin : sesuai untuk jahitan tudung, pakaian dalam dan tali leher.
g. Velvet : sesuai untuk jahita n pakaian, kusyen, home deko.
MATERIAL YANG PERLU DIJAUHI UNTUK JAHITAN DIY
a. Kulit : Material ini memerlukan mesin yang sesuai untuk menjahit.
b. Acetate : Kain tidak tahan lasak dan perlukan jagaan rapi dan basuhan kering