
Kain cotton merupakan fabrik yang popular di kalangan masyarakat kita. Sesuai digunakan atau dipakai untuk cuaca di Asia. Kain cotton mempunyai berat dan ketebalan yang berbeza mengikut kesesuian jahitan, kegunaan dan bersifat subjektif.
Disini kami ingin berkongsi pengetahuan mengenai fabrik ‘Quilting Cotton’ atau Designer Quilting Cotton yang diimport dari pengeluar syarikat quilt cotton dari luar negara seperti Robert Kaufman, Moda Fabric, Tilda Fabric dan lain-lain jenama yang berlabuh di Malaysia. Fabrik ini adalah sejenis cotton fabrik yang direka khusus untuk digunakan dalam projek quilting dan projek jahitan mengikut kreativiti masing-masing.
Fabrik quilting cotton adalah lebih tebal dari cotton poplin dan diperbuat daripada gentian 100% kapas. Fabrik ini terkenal dengan ketahanannya, penjagaan yang mudah dan pelbagai jenis warna dan corak yang unik. Secara khususnya, ia popular kerana rekaan coraknya yang sangat menyerlah, moden dan popular di negara barat. Fabrik yang mudah digunakan, corak cetakan yang tidak mudah lusuh, mudah dibentuk dengan baik dan tahan lama.
Perbezaan antara quilting cotton dan cotton biasa adalah dalam kegunaan jahitan, cara tenunan fabrik, berat dan teksturnya. Perbezaan utama antara kedua-dua jenis cotton fabrik ialah seperti berikut:
- Quilting fabric merupakan fabrik rekaan corak yang direka khusus untuk projek quilting dimana ia reka khas mengikut tema koleksi bermusim setiap tahun. Syarikat quilting cotton akan melancarkan satu koleksi baharu setiap musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Satu rekaan koleksi akan mengeluarkan tema yang unik sebanyak 20 -30 rekaan berbeza yang menitik beratkan rekaan corak dan warna yang saling berkait di dalam suatu koleksi musim tersebut. Corak-corak yang direka oleh sesorang artis adalah bersifat artistik dan fabrik yang digunakan ialah dari tenunan kapas yang boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi seperti pakaian, kelengkapan rumah dan jahitan kraf lain. Fabrik ini popular dikalangan individu kreatif yang gemar dengan jahitan kraf patchwork. Ini kerana mereka boleh mendapatkan koleksi penuh sesuatu rekaan dalam potongan fabrik yang bersaiz kecil mengikut projek jahitan masing-masing. Antara potongan kecil yang yang sering digunakan untuk jahitan patchwork adalah potongan fabrik saiz fat quarter (45.5 x 55cm), Fat Eight (22.5 x 55cm), Jelly Roll (7.5 x 110cm), Charm Pack (12.5 x 12.5cm), Layer Cake (25 x 25cmm).
- Fabrik quilting cotton biasanya mempunyai anyaman yang lebih rapat dan padat berbanding dengan fabrik kapas biasa. Tenunan yang lebih padat ini menjadikannya lebih tahan lama dan sesuai untuk tujuan quilting, kerana ia boleh dibasuh dengan kerap dan tahan lama. Anda boleh mencuci & memakainya dengan berulang.
- Jahitan paling sesuai menggunakan fabrik ini adalah jahitan pakaian yang berpotongan longgar, seperti blouse, baju kurung potongan longgar, skirt potongan A, baju tidur pyjamas, topi bucket hat dan lain-lain rekaan. Manakala jahitan berunsur kraf dan kreatif adalah jahitan seperti quilting, patchwork, kraftangan beg tangan, aksesori rumah, aksesori fesyen, dekorasi rumah dan jahitan kraftangan
berkonsep western dan moden. Terdapat banyak pola jahitan moden, tutorial jahitan yang dikongsi di media sosial dan laman web serta boleh didapati secara percuma.
- Material Quilting cotton sedikit berat (medium weight) berbanding kain cotton biasa sering dijahit untuk pakaian dimana materialnya lebih ringan dan nipis. Material cotton biasa ini boleh didapati dalam julat yang besar iaitu daripada kategori kain cotton ringan hingga kain cotton berat, bergantung pada jenis fabrik cotton. Sesetengah fabrik cotton biasa seperti kapas voile atau ‘lawn cotton’ adalah ringan dan mempunyai tekstur yang lembut dan licin, manakala cotton lain, seperti kain kapas linen atau denim, lebih berat dan kukuh. Quilting cotton tidaklah setebal dan seberat kain denim.
- Fabrik quilting cotton direka dalam pelbagai warna dan corak, direka khusus untuk memenuhi pilihan dan corak rekaan unik bagi menghasilkan ‘quilt’ yang menarik secara visual. Kain cotton biasa, sebaliknya, mungkin mempunyai pilihan cetakan dan corak yang lebih terhad dan bergantung pada jenis kain cotton tertentu.
- Quilting cotton biasanya mempunyai kadar pengecutan yang lebih tinggi dengan kadar 3% - 5% berbanding beberapa jenis kain cotton biasa yang lebih nipis. Adalah penting untuk pra-mencuci (pre wash) quilting cotton sebelum menggunakannya dalam apa jua projek jahitan untuk menghasilkan keputusan jahitan yang lebih cantik.
Walaupun perbezaan wujud diantara kain quiting cotton dan cotton biasa, adalah penting untuk diingat bahawa kedua-dua fabrik ini tidak terhad penggunaannya. Ini kerana sesetengah kain cotton dipasaran juga berkongsi ciri-ciri dan karakter yang sama.
Perbezaan ketara diantara kedua-dua jenis fabrik cotton ini adalah kerana rekaan / design yang dikeluarkan oleh syarikat tekstil daripada syarikat fabrik adalah terdiri daripada artis tekstil profesional dan rekaannya adalah hak cipta terpelihara. Kain cotton jenis quilting cotton ini juga hanya dikeluarkan oleh syarikat tekstil yang berada di negara barat, Eropah dan negara Asia seperti Australia, Jepun dan Korea kerana kualiti pencetakkan rekaan fabriknya berkualiti tinggi dan kos yang tinggi. Ini merupakan antara faktor harga quilting cotton lebih mahal berbanding dari kain cotton biasa dipasaran.
Fabrik ini juga lebih popular di kalangan masyarakat pengeluar fabrik quilting cotton berbanding negara kita. Ini kerana masyarakat Malaysia lebih tertumpu pada fabrik cotton yang diimport dari negara China, Vietnam, Taiwan, Indonesia dan negara Asia Barat lain yang menawarkan harga lebih murah dan penggunaan tertumpu kepada jahitan pakaian. Jika anda meminati corak fabrik yang unik dan warna menarik fabrik rekaan negara Barat, jahitan kraftangan dan berdaya kreatif, quilting cotton adalah pilihan terbaik.